Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Skandal jualan beras: Lebih 130 pegawai Filipina digantung tugas

    MANILA, 4 MAC – Pejabat Ombudsman telah mengarahkan penggantungan tugas ke atas ketua Lembaga Makanan Negara (NFA) dan 138 pegawai serta pekerja lain kerana didakwa terlibat dalam penjualan stok simpanan beras, kata Setiausaha Pertanian Filipina, Francisco Tiu Laurel hari ini.

    Laurel berkata arahan itu bermula hari ini sementara siasatan sedang dijalankan untuk melihat sama ada tuduhan itu benar.

    Seorang pegawai NFA telah menuduh beberapa eksekutif agensi itu melupuskan stok simpanan beras secara tidak wajar tanpa sebut harga, dan pada harga yang didakwa merugikan kerajaan. Eksekutif NFA menafikan sebarang salah laku, sambil mendakwa jualan itu mengikut prosedur.

    Pada Jumaat lalu, Laurel mencadangkan pegawai NFA yang disiasat perlu mengambil cuti sukarela untuk memberikan penyiasat kebebasan bagi melakukan kerja mereka.

    “Siasatan dalaman ini hanyalah langkah pertama,” kata Laurel sambil menambah bahawa jabatan pertanian akan bertindak berdasarkan hasil siasatan.

    Kontroversi itu tercetus ketika rakyat Filipina bergelut dengan harga beras yang tinggi. Filipina terus berusaha untuk menurunkan kos beras walaupun bekalan ruji negara itu mencukupi.

    Inflasi beras meningkat kepada 22.6 peratus pada Januari daripada 19.6 peratus pada Disember 2023, mencapai paras tertinggi baharu dalam tempoh 14 tahun bagi kadar kenaikan harga makanan ruji itu, atau tertinggi sejak Mac 2009, ketika inflasi beras mencecah 22.9 peratus. – Xinhua

    Gambar ANN/Inquirer
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...