Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – GL Extra Enterprise, pengedar kasut Skechers Brunei hari ini merasmikan pembukaan outlet Skechers kedua di Gadong.
Pengarah Urusan GL Extra Enterprise, Lim Kwee berkata, outlet Skechers pertama telah dibuka di mana lebih 200 rekaan kasut Skechers telah mendapat sambutan yang baik.
Outlet Skechers kedua ini merupakan cawangan Skechers khas untuk barisan kasut yang terdiri daripada lifestyle dan sukan yang berkualiti dengan harga terendah daripada rekaan bagi tahun 2019.
Outlet berkenaan juga mempamerkan model kasut Skechers Air-Cooled Memory dan You by Skechers. Turut dijual ialah aksesori kasut dan bara-ngan Skechers lainnya.
Lim Kwee juga berkata bahawa Skechers Brunei pada tahun ini tidak ketinggalan menyertai program Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim.
Sehubungan itu, baucar-baucar sumbangan yang diberikan kepada mereka kini boleh digunakan di kesemua 11 cawangan Skechers di Negara Brunei Darussalam.
