Thursday, October 10, 2024
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skim bimbingan mualaf 4 daerah berlangsung serentak

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Pusat Dakwah Islamiah, melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf) dan Unit Dakwah Daerah-Daerah telah mengadakan Skim Bimbingan Asas Muallaf Siri Ke–199 (Lelaki) dan Ke–200 (Perempuan) di Pusat Dakwah Islamiah, Pulaie pagi tadi.

    Dengan penyertaan kira-kira 156 perserta terdiri daripada 48 orang dari Daerah Brunei dan Muara, 36 orang dari Daerah Tutong, 36 orang dari Daerah Belait dan 36 orang dari Daerah Temburong, skim berkenaan diadakan serentak selama 14 hari bermula 8 Oktober hingga 23 Oktober, kecuali pada hari Ahad.

    Bagi Daerah Brunei dan Muara, skim tersebut diadakan di Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah, sementara di Daerah Tutong, sesi bagi peserta perempuan akan berlangsung di Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong, dan peserta lelaki akan mengikuti program di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain.

    Manakala di Daerah Belait, program ini akan diadakan di Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, sementara di Daerah Temburong, sesi akan berlangsung di Pejabat Unit Dakwah Daerah Temburong.

    Sepanjang skim berlangsung, para peserta didedahkan dengan ilmu asas Fardhu ’Ain dan Fardhu Kifayah iaitu seperti Iqra’, Hafalan, Tauhid, Fiqh, Praktikal Ibadat, dan pelbagai lagi dengan menggunakan pendekatan interaktif dan fleksibel serta perbincangan bersama peserta.

    Antara objektif skim adalah untuk memberikan bimbingan kepada mualaf dalam menghalusi dan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan agama Islam terutama dalam bidang aqidah, ibadah dan akhlak.

    Dalam usaha menjaga dan memelihara kemaslahatan mualaf, Pusat Dakwah Islamiah turut menyediakan pelbagai program bimbingan mualaf iaitu Bimbingan Pengenalan Islam, Skim Bimbingan Asas (Melayu & Inggeris), Skim Bimbingan Lanjutan I dan Skim Bimbingan Lanjutan II. Kelas Bimbingan Mualaf juga diadakan secara mingguan di keempat-empat daerah.

      Sebahagian daripada suasana semasa skim dijalanakan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda