Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Skim BPTV dibukakan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa membukakan permohonan Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) Sesi Akademik 2023/2024 khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat O untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi swasta dalam negara bermula hari ini sehingga 15 April.

    Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya hari ini mengatakan, skim itu disediakan oleh pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini.

    Dengan adanya skim itu, ia akan dapat memberi peluang kepada golongan pelajar lepasan sekolah di peringkat O untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, seterusnya menyahut Wawasan Brunei 2035 untuk melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

    Surat pemberitahuan bilangan 4/2023 dan borang permohonan Skim BPTV (BPTV/A) boleh didapati dari laman web rasmi Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.

    Borang-borang yang lengkap diisikan berserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar tidak lewat jam 4 petang pada 15 April.

    Bagi sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa di talian 2380019 semasa waktu bekerja atau menghantar e-mel kepada bptv@moe.gov.bn atau scholarship@moe.gov.bn.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...