Jumaat, 21 November 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SKM anjur majlis sambutan Hari Guru

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Sekolah Kesuma Mekar (SKM) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat,  Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Awang Julaihi bin Mohamad.

    Di majlis itu, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Kesuma Mekar, Pengiran Dato Paduka Haji Abd Rahman bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail berkata, sambutan ini merupakan manifestasi akan keprihatinan, penghargaan, sokongan Lembaga Pengarah Koperasi Kesuma Mekar Berhad (KKMB) kepada perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru.

    Selain meraikan jasa dan bakti guru, majlis ini juga antara lain bertujuan memupuk budaya mengenang jasa dan rasa berterima kasih murid kepada guru, mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan antara keduanya.

    GAMBAR SERAHAN SKM

    Sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas sumbangan perkhidmatan yang cemerlang dan gigih sepanjang 2024 dan bagi membakar semangat dan penggalak kepada keseluruhan guru-guru SKM dalam menyampaikan perkhidmatan masing-masing dengan cemerlang, Lembaga Pengelola SKM telah memberikan cenderahati penghargaan “guru Dedikasi 2024” kepada 4 orang guru.

    Guru-guru itu ialah Hajah Siti Noor Zalina binti Hj Awang Bujang, Pengiran Azimah binti Pengiran Haji Ismail, Muhammad Abdul Salrimu’izshah bin Haji Sahari dan Noor Ellmy binti Hussen.

    Majlis diselajurkan dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada murid-murid cemerlang PSR 2024, Muhammad Aqil Zafran Bin Annafee’, Rahmah Raihani Binti Mohammad Ali Firdaus, Muhammad Adly Haqimi Bin Muhammad Ali Azmi, Muhammad Syed Safiuddin Bin Mohammad Dairuszam/ Mohammad Syed Shahminan @ Muhammad Saifullah, Nurul Hana’ Wadhiah Binti Adi Tarmizi dan Muhammad Kasyful Nurhakeem Bin Eddy Eswaddi.

    GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SKM

    Selain penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan sempena Hari Guru bagi memotivasikan lagi murid-murid SKM untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka dan menggalakkan lebih ramai lagi melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

    Turut hadir di majlis itu selaku tetamu khas, pegawai-pegawai kanan Kerajaan daripada Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan Perpustakaan (DBP), Unit Pembangunan Koperasi (UPK), ahli-ahli Lembaga Pengelola Sekolah Kesuma Mekar serta Pengasas dan mantan Guru Besar SKM.

    Majlis telah diserikan lagi dengan beberapa persembahan murid-murid tadika dan Tahun 1 hingga Tahun 6, dan majlis dimeriahkan dengan persembahan ialah persembahan lagu “Terima kasih Guru” oleh semua murid-murid SKM.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda