Friday, May 16, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skop Productions terus unggul hasilkan filem

    KUALA LUMPUR, 16 MEI – Siapa sangka sebuah pejabat kecil yang disewa di atas Restoran Haslam pada 1985 menjadi titik tolak lahirnya Skop Productions Sdn Bhd, sebuah empayar filem Malaysia yang berkembang dan kekal bertahan hingga kini. 

    Diasaskan dan dimiliki oleh Datuk Yusof Haslam, penerbit profilik dan berpengaruh dalam sejarah perfileman Melayu, perjalanan syarikat itu penuh ranjau sebelum berada di kedudukan sekarang.  

    Pengerusi Eksekutif Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam berdiri dihadapan pejabatnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. – Bernama

    Berkongsi kisah, Yusof, 71, berkata kejayaan yang diraih tidak datang bergolek, sebaliknya diusahakan menerusi pengorbanan besar yang disokong dengan integriti, kesabaran serta semangat jitu, selain bantuan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). 

    “Apabila (dasar) penswastaan dibuat pada 1985, saya ambil peluang itu untuk membuat drama bersiri kepolisan Remang Kota Raya di RTM sebelum mengorak langkah ke layar lebar menerusi filem Bayangan Maut pada hujung 1990.

    “Selepas lebih kurang 50 drama bersiri, barulah saya berani menghasilkan filem Bayangan Maut yang sebahagian kosnya dibiayai menerusi Skim Kemudahan Produksi Finas. Begitu juga dengan filem-filem lain,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya, di sini baru-baru ini.

    Kejayaan besar filem Sembilu melonjakkan nama Skop Productions yang seterusnya menghasilkan deretan naskhah berimpak tinggi seperti Sembilu 2, Maria Mariana, Gemilang, Bara dan Gerak Khas The Movie, yang bukan sahaja mencatat kutipan jutaan ringgit malah mencipta gelombang baharu dalam landskap filem Malaysia.

    Datuk Yusof Haslam bersama sebahagian anugerah yang diterima. – Bernama

    Yusof yang mendapat julukan ‘Six Million Dollar Man’ menzahirkan penghargaan kepada Finas yang disifatkannya sebagai tulang belakang industri perfileman tempatan.

    Menurutnya, pelbagai mekanisme yang ditawarkan Finas, antaranya pinjaman kewangan, dana pembangunan kandungan serta Skim Wajib Tayang, telah membuka ruang kepada penggiat filem untuk terus berkarya, khususnya mereka yang menghasilkan filem berskala sederhana.

    “Contohnya, tanpa Skim Wajib Tayang, filem-filem kecil yang tidak berorientasikan komersial mungkin tidak akan dipertontonkan di pawagam kerana pemilik panggung cenderung memilih filem yang boleh menjanjikan pulangan,” katanya yang pernah menerima pembiayaan berbentuk pinjaman daripada Finas ketika di awal pembabitannya dalam industri.

    Datuk Yusof Haslam berbincang dengan kakitangannya pejabat. – Bernama

    Yusof turut menyambut baik usaha Finas memperkemas sistem sokongan industri menerusi Film in Malaysia Incentive (FIMI), yang memberi rebat tunai hingga 35 peratus kepada penerbit berdasarkan kualiti dan kandungan budaya tempatan.

    “Pendekatan ini memberi isyarat jelas bahawa hanya karya berkualiti akan menerima manfaat, sekali gus meningkatkan standard keseluruhan industri filem tempatan,” katanya yang turut melahirkan rasa syukur atas sokongan tidak berbelah bagi isterinya, Datin Patimah Ismail.

    Beliau turut mengingatkan warga industri agar memperkukuh daya saing dan tanggungjawab sendiri dalam memastikan kejayaan sesebuah produksi.

    Sementara itu, mengulas  memorandum persefahaman (MoU) antara syarikatnya dan Mandarin Motion Pictures dari Hong Kong, Yusof berkata kerjasama tersebut merupakan langkah strategik dalam memperluas jaringan antarabangsa industri filem tempatan, selari dengan saranan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

    Menurutnya, MoU tersebut merangkumi projek penggambaran filem berskala besar yang akan melibatkan lokasi di Hong Kong dan Malaysia, sekali gus membuka ruang kepada pertukaran kepakaran dan peluang pelaburan dua hala.

    “Saya lihat ini sebagai projek menang-menang. Kita bantu mereka, dan pada masa sama, kita juga boleh meluaskan pasaran filem kita ke China. Bahkan ada kemungkinan kita sendiri akan buat penggambaran di China nanti dengan bantuan daripada pihak sana,” katanya.

    Pada masa sama, Yusof turut menggesa agar lebih ramai pembikin filem bumiputera tampil ke depan bagi memperkukuh daya saing industri yang kini berdepan cabaran pelantar penstriman dan perubahan cita rasa penonton.

    “Kalau dulu ada KRU, saya gembira lihat mereka buat ‘comeback’. Idea luar biasa macam itu tak sepatutnya mati begitu saja. Kita nak ramai pemain Melayu dalam bidang ini, jangan harap Skop Productions sahaja.

    “Kita cuma syarikat kecil yang menggerakkan industri dengan niat mencari rezeki dan mengangkat martabat filem Melayu supaya anak-anak Melayu boleh berbangga, seperti kita bangga ada Tan Sri Azman Hashim atau Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,” katanya.

    Kini, legasi Skop Productions diteruskan oleh generasi kedua menerusi anak-anaknya, Syamsul dan Syafiq, yang masing-masing menampilkan gaya pengarahan dan penceritaan tersendiri.

    “Saya tak pernah merancang atau memaksa anak-anak ikut jejak saya, tapi mereka membesar dalam suasana penggambaran, tengok saya bekerja dan minat itu datang sendiri. Apabila mereka tunjuk komitmen, saya beri peluang tetapi tetap meletakkan standard ketat supaya setiap projek membawa nilai dan pulangan kepada syarikat,” katanya.

    Karya mereka yang mencatat sejarah kutipan tertinggi termasuk Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Sheriff: Narko Integriti, Polis Evo 3, Munafik 2 dan terbaharu, Blood Brothers: Bara Naga yang sedang ditayang termasuk di Singapura.

    Datuk Yusof Haslam menunjukkan deretan poster filem terbitan syarikatnya. – Bernama

     “Blood Brothers akan ditayangkan di Indonesia dan Thailand pertengahan bulan depan, manakala Kemboja pula masih dalam perbincangan. Kita juga akan buat pelaburan dan melakukan alih bahasa ikut negara,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/