Wednesday, February 26, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad B-18 ikat Timor Leste

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Pasukan Kebangsaan Bawah 18 Tahun (B-18) Negara Brunei Darussalam meraih mata pertama mereka dalam kempen kelayakan Kejuaraan B-19 Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Korea Selatan selepas mengikat Timor Leste seri 2-2 hari ini.

    Timor Leste terlebih dahulu mendahului perlawanan dengan jaringan pada minit ke-13, namun ia dibatalkan oleh jaringan penyamaan Hariz Herman pada minit ke-34.

    Sepuluh minit memasuki separuh masa kedua, Mohammad Hanif Aiman Haji Adanan meletakkan pasukan negara di depan, namun Araujo menjadikan kedudukan 2-2 setelah menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-57.

    “Ia adalah perlawanan sukar, tetapi para pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi, dan mereka berjuang untuk negara,” kata jurulatih pasukan negara, Takao Fujiwara.

    “Ia mungkin hanya satu mata, tetapi ia bukan sesuatu yang kecil bagi kami.

    Gambar ihsan AFC menunjukkan para pemain B-18 Negara Brunei Darussalam meraikan jaringan pasukan ketika menentang Timor Leste di Korea Selatan yang berkesudahan seri 2-2.

    “Kesemua pemain berjuang habis-habisan, jadi saya sangat bangga dengan para pemain dan pegawai,” tambahnya.

    Pasukan negara akan kembali ke tanah air petang Jumaat ini.

    Sejumlah 45 buah negara telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dalam pusingan kelayakan yang diadakan di seluruh Asia.

    Pemenang kumpulan dan lima pasukan tempat kedua terbaik akan mara bagi kejohanan tahun depan bersama dengan pasukan tuan rumah, Indonesia.

    Pasukan-pasukan yang mara ke separuh akhir bagi Kejuaraan B-19 AFC tahun depan akan layak bagi Piala Dunia B-20 FIFA sebagai wakil Asia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda