Oleh Fadhil Yunus BEKASI, INDONESIA, 6 JULAI – Pasukan kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) Brunei Darussalam tumbang 4-0 kepada Vietnam dalam Kejohanan Lelaki B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Stadium Patriot Candrabhanga di Bekasi, Indonesia kelmarin. Keputusan itu bermakna Brunei kekal di tangga terbawah Kumpulan A dengan tiga kekalahan berturut-turut tanpa meraih sebarang mata perlawanan.