Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad B-23 M’sia akan berjuang habis-habisan

    HANOI, 18 MEI – Status Vietnam sebagai tuan rumah dan juga juara bertahan tidak menggentarkan barisan pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Malaysia menjelang aksi separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31 di Stadium Viet Tri di wilayah Phu Tho, malam esok.

    Ketua pasukan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi berkata perkara itu tidak menjejaskan semangat dan keazaman tinggi rakan sepasukannya untuk menyaingi kehebatan skuad bimbingan Park Hang Seo dalam memburu tempat ke final. Sementara itu, pada sidang media praperlawanan kelmarin, ketua jurulatih B-23 Malaysia, Brad Maloney, berhasrat untuk membimbing pasukan itu melangkah lebih jauh dalam pertandingan kali ini.

    Perlawanan esok ibarat ulangan aksi separuh akhir edisi 2005 di Filipina yang menyaksikan pasukan lawan menang 2-1 dan skuad Malaysia menamatkan saingan dengan meraih pingat gangsa selepas menewaskan Indonesia 1-0 pada perlawanan penentuan tempat ketiga. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda