Oleh Imelda Groves HA
Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Skuad Bola Jaring Daerah Brunei dan Muara bagi Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam kali ke-4, hari ini menerima penyerahan barangan tajaan dalam satu majlis makan malam penghargaan yang berlangsung di Restoran My Favoureat Kopitiam, di Berakas.
Hadir bagi menerima sumbangan tajaan pada majlis tersebut ialah Pengurus Pasukan Bola Jaring, Hajah Noor Monasalieana @ Suzie binti Haji Mohd Salleh.
Sebanyak 14 tajaan telah pun diterima daripada beberapa buah syarikat yang terdiri daripada Peugeot, Dcon Sdn Bhd, Suci, C1000, McDonald’s Brunei, Teabox, Ghanim, Pekatan, Printmartz, Pekatan, Tambak Kayangan, Sticker Factory, Syanisah dan Binz Crepe.

Hajah Noor Monasalieana dalam ucapannya melahirkan penghargaan kepada para penaja dan menyatakan hasrat agar para pemainnya dapat memainkan peranan masing-masing serta berusaha lebih keras untuk memperoleh kejuaraan pada persaingan itu nanti.
Sejurus selepas penyerahan barangan tajaan, acara tersebut turut mengumumkan 12 pemain yang terpilih untuk beraksi pada persaingan SKBD itu nanti diikuti dengan acara bergambar ramai.