Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad Brunei diundi dalam Kumpulan J Kelayakan AFC

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Negara Brunei Darussalam mengetahui lawan mereka dalam Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Uzbekistan 2023 selepas undian rasmi diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada Selasa lalu.

    Skuad Tabuan Muda diundi dalam Kumpulan J bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran dan tuan rumah Kyrgyzstan, dengan perlawanan akan diadakan di Stadium Dolen Omurzakov di Bishkek.

    Timbalan Pengarah Pertandingan dan Bahagian Acara Bola Sepak AFC, Avazbek Berdikulov mengendalikan undian.

    Skuad B-20 kebangsaan akan memulakan kempen menentang UAE pada 14 September diikuti dengan perlawanan menentang Iran dua hari kemudian sebelum menamatkan peringkat kumpulan menentang Kyrgyzstan pada 18 September.

    Sebanyak 44 pasukan kebangsaan Asia yang bergabung di bawah AFC akan mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan dari 10 hingga 18 September tahun ini.

    Sebanyak 10 pemenang kumpulan dan lima pasukan naib juara terbaik akan menyertai tuan rumah Uzbekistan dalam pertandingan utama.

    Sementara itu, sebuah lagi pasukan Brunei juga telah diundi dalam Kumpulan J Kelayakan Piala Asia Bawah 17 tahun AFC Bahrain 2023.

    Mereka akan bertemu tuan rumah kumpulan Uzbekistan, Republik Korea dan Sri Lanka. Perlawanan akan diadakan di Stadium JAR di Tashkent pada Oktober tahun ini.

    Kali terakhir pasukan kebangsaan bawah 17 tahun membuat penampilan pada edisi kelayakan sebelum ini adalah pada September 2019, di mana mereka diundi bersama China, Indonesia, Filipina dan Kepulauan Mariana Utara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda