Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad Brunei umum 23 pemain menjelang kelayakan Piala AFC

    Oleh Fadhil Yunus – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Pasukan kebangsaan Brunei Darussalam telah mengumumkan senarai 23 pemain menjelang perlawanan menentang Lubnan dalam pusingan akhir kelayakan Piala Asia Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Saoud bin Abdulrahman, Al-Wakrah, Qatar pada 26 Mac.

    Skuad Tabuan juga telah berlepas ke Qatar untuk membuat persiapan terakhir sebelum memulakan kempen peringkat kumpulan dalam pusingan kelayakan.

    Tiga penjaga gol yang disenaraikan ialah Haimie Anak Nyaring, Wardun Yussof dan Ishyra Asmin Jabidi.

    Barisan pertahanan terdiri daripada Wafiq Danish, Wafi Aminuddin, Afi Aminuddin, Hanif Hamir, Wadud Ramli, Nazry Aiman, Syafiq Safiuddin, Azrin Danial dan Amirul Aizad.

    Ia merupakan panggilan pertama ke skuad senior bagi trio Amirul Aizad dari Indera SC, Azrin Danial dari DPMM FC II dan Wafiq Danish dari Kasuka FC.

    Di bahagian tengah, pemain berpengalaman seperti Azwan Saleh, Hariz Herman, Naziruddin Ismail, Alinur Rashimy, Faturrahman Embran, Amin Sisa dan Syafiq Hilmi turut tersenarai.

    Syafiq, yang memainkan peranan penting dalam kejayaan Kasuka FC merangkul kejuaraan Liga Super Brunei, menerima panggilan pertamanya ke skuad senior.

    Sementara itu, tiga pemain di bahagian serangan ialah Asri Aspar, Adi Said dan Hariz Danial.

    Adi kembali menyertai pasukan kebangsaan selepas kali terakhir beraksi dalam kelayakan Piala Dunia menentang Indonesia.

    Skuad kebangsaan akan dikendalikan oleh ketua jurulatih Vinicius Eutropio, yang telah dilantik pada akhir tahun 2024.

    Pasukan kebangsaan Brunei Darussalam menjalani sesi latihan. – GAMBAR SERAHAN NFABD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda