Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad gimnastik wanita Malaysia enggan pulang tangan kosong

    KUALA LUMPUR, 6 APRIL – Walaupun berdepan cabaran tersendiri, skuad gimnastik artistik dan berirama kebangsaan Malaysia berazam enggan pulang dengan tangan kosong pada penyertaan di Sukan SEA Hanoi, Vietnam yang dijadualkan berlangsung 12 hingga 23 Mei ini.

    Pada temasya sukan dwitahunan itu, kedua-dua skuad masing-masing menyasarkan untuk meraih dua pingat emas selepas mengambil kira saingan getir bakal ditempuhi selain disebabkan faktor pengurangan jumlah acara dipertandingkan.

    Ketua jurulatih gimnastik artistik wanita Malaysia Ng Shu Wai menjangka Sukan SEA Hanoi akan menjadi edisi temasya paling sukar buat anak buahnya apabila bakal berdepan tentangan pasukan Filipina yang diperkuatkan dengan kehadiran empat bekas gimnas Amerika Syarikat.

    Selain itu ketiadaan bekas ratu gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi dalam skuad kebangsaan sedikit sebanyak memberi kesan kepada peluang negara mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi terdahulu.

    “Ketiadaan Farah beri impak besar juga tetapi jika kali ini Farah bersama kita pun masih agak susah untuk menang sebab pasukan Filipina kuat. Saya tak pernah jumpa pasukan selengkap itu sepanjang lima tahun saya bimbing pasukan Malaysia. Sukan SEA kali ini akan menjadi yang paling sukar bagi kita,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda