Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad kebangsaan B-16 berlepas ke Indonesia

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Pasukan bola sepak kebangsaan Brunei Darussalam bawah 16 tahun (B-16), hari ini berlepas ke Indonesia bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak AFF B-16.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan seterusnya memberi kata-kata nasihat kepada peserta-peserta kejohanan ialah Presiden FABD, Feisal Eusoff.

    Pengurus Pasukan B-16 Bola Sepak Kebangsaan NBD, Awang Mohd Ali Rahman bin Haji Sulaiman ketika ditemu bual telah mengongsikan perkembangan pasukan yang telah menunjukkan indikasi positif dilihat semasa latihan dan beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini.

    Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa ini adalah pendedahan pertama bagi semua peserta mengikuti kejohanan luar negara, dan berharap pada peringkat awal ini sekurang-kurangnya mendapat tiga mata memandangkan persediaan pasukan sangat terhad.

    “Berbanding dengan pasukan negara lain yang setentunya sangat kuat dan hebat memandangkan persiapan telah dilakukan lebih awal dan teratur,” tambahnya.

    Penyertaan pasukan Brunei Darussalam pada kejohanan  tahunan AFF ini akan menjadi landasan terbaik  kepada  pemain-pemain muda negara untuk menunjukkan potensi dan kemampuan mereka bersaing di peringkat serantau sebelum ke pentas antarabangsa.

    B-16 AFF kali ke-19 itu dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana kumpulan A  terdiri oleh pasukan Indonesia, Laos, Filipina dan Singapura. 

    Kumpulan B, diwakili oleh pasukan Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Brunei Darussalam sementara pasukan Thailand, Malaysia, Timor Leste dan Australia sebagai pasukan jemputan berada dalam kumpulan C.

    Pasukan Indonesia merupakan pasukan juara pada kejohanan B-16 AFF edisi 2022.

    Turut hadir Timbalan Presiden FABD, Haji Mahrub Haji Murni, dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif FABD.

    Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam B-16 bergambar bersama Presiden FABD, Feisal Eusoff.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda