Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Skuad kebangsaan China dilarang bertatu

    BEIJING, 30 DIS – Pemain bola sepak yang beraksi bersama skuad kebangsaan China perlu membuang tatu sedia ada dan dilarang sama sekali mempunyai tatu baharu, kata badan pentadbir sukan negara itu.

    Sebelum ini, pemain dalam skuad kebangsaan sering menutup lengan mereka dengan jersi lengan panjang atau pembalut untuk menyembunyikan tatu mereka. Bagaimanapun badan Pentadbiran Sukan China menerusi satu kenyataan berkata, pemain dalam pasukan kebangsaan kini dilarang sama sekali daripada mempunyai tatu baharu.

    “Mereka yang mempunyai tatu dinasihatkan untuk membuangnya.

    “Dalam situasi tertentu, tatu itu mesti ditutup semasa latihan dan perlawanan dengan persetujuan seluruh pasukan,” kata kenyataan itu. Ia seterusnya menyatakan bahawa pasukan kebangsaan bawah 20 tahun dan mereka yang lebih muda ‘dilarang sama sekali’ daripada mempunyai tatu.

    Bagaimanapun tidak semua penyokong menyokong peraturan baharu itu. “Adakah kita akan memilih pemain bola sepak yang baik atau seorang yang suci?” tanya seorang peminat yang berang dengan peraturan itu di platform media sosial Weibo. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...