Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Skuad lelaki-wanita Malaysia peroleh laluan mudah di BATC

    KUALA LUMPUR, 30 JAN – Skuad lelaki Malaysia memperoleh laluan mudah ke suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila diundi dalam Kumpulan B bertemu Taiwan, Kazakhstan dan Brunei. 

    Pada majlis undian disiarkan secara langsung di Facebook Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor menyaksikan pasukan lelaki Malaysia yang merupakan juara bertahan bagi edisi 2022 ‘bernasib baik’ apabila tidak diundi bersama juara tiga kali Indonesia (2020, 2018, 2016) di Kumpulan D bersama Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

    Kumpulan A boleh diang-gap sebagai kelompok ‘maut’ apabila dibarisi pasukan pilihan pertama China,  juara Piala Thomas 2022, India dan Hong Kong, manakala Kumpulan C dibarisi Jepun, Thailand, Singapura dan Myanmar. 

    Sementara itu, saingan wanita turut menyaksikan Malaysia bakal mengharungi cabaran mudah apabila diundi dalam Kumpulan Y bersama Thailand dan UAE, manakala juara bertahan Indonesia diundi dalam Kumpulan X bersama Hong Kong dan Kazakhstan. 

    Kumpulan W dibarisi pasukan pilihan pertama China dan India manakala Jepun, Taiwan dan Singpura dalam Kumpulan Z. 

    Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke suku akhir. 

    Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempertaruhkan barisan terkuat bagi mengharungi cabaran BATC 2024 dengan menyenaraikan jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Justin Hoh, Eogene Ewe bagi kategori perseorangan. 

    Kem beregu lelaki pula dibarisi juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.

    Bagi skuad wanita pula terdiri daripada Goh Jin Wei, K. Letshanaa, Wong Ling Ching dan Siti Nurshuhaini Azman yang akan membawa cabaran dalam kategori perseorangan manakala pasangan Pearly Tan-M. Thinaah, Teoh Mei Xing-Go Pei Kee dan Low Yeen Yuan-Tan Zhing Yi bagi kategori beregu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...