Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad Malaysia tetap jalani latihan pusat

    MELAKA, 1 MAC – Skuad kebangsaan Malaysia akan tetap menjalani latihan pusat selama sepuluh hari seperti dijadualkan bermula 20 Mac ini biarpun baki aksi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda ke Jun depan.

    Pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata penangguhan pusingan kedua aksi Kumpulan G itu juga dilihat membolehkan pasukan kebangsaan melakukan persediaan lebih rapi dan membentuk barisan yang mantap.

    Beliau berkata ia juga peluang terbaik kepada Ketua Jurulatih Kebangsaan Malaysia, Tan Cheng Hoe berikutan lebih setahun tidak dapat menghimpunkan pemain bagi menjalani kem pusat ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

    “Ruang ini sudah tentu akan digunakan sebaiknya oleh beliau untuk menilai senarai 23 pemain yang bakal dipanggil dan digandingkan dalam skuad kebangsaan setelah lama berehat, tidak berada dalam satu pasukan sama dan tiada perlawanan kompetitif.

    “Lebih-lebih lagi Liga Super yang akan bermula pada 5 Mac nanti, sudah tentu pemain berada pada prestasi dan momentum terbaik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Train for Trainers di Banda Hilir di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda