Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Skuad menembak wanita Johor pecah rekod

    SUBANG JAYA, 20 SEPT – Skuad menembak wanita Johor mencipta sensasi tersendiri selepas berjaya merangkul juara bagi acara 10 meter (m) Air Pistol Berpasukan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 hari ini.

    Lebih menarik gandingan Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin dan kakaknya Nurul Heryani Arfida serta Mumtazah Syahidah Shamsuri mencatatkan kutipan 1,699 mata sekali gus memecahkan rekod kebangsaan 1,692 mata yang dicipta sendiri dalam satu kejohanan dua tahun lepas di sini.

    Rekod tersebut ketika itu dicipta menerusi gandingan Nurul Syasya, Nurul Heryani dan seorang lagi atlet menembak Khairulnabiha Baharin.

    Pada acara hari ini, mereka mengetepikan cabaran gandingan penembak dari Selangor yang mengumpul 1,670 mata di tempat kedua sementara Wilayah Persekutuan dengan 1,648 mata di tempat ketiga.

    Mengulas lanjut mengenai kemenangan diraih, Nurul Syasya, 22, berkata ia merupakan satu kejayaan cukup membanggakan pada penampilan terakhirnya di pentas Sukma kali ini.

    “Kami tak sasar untuk pecah rekod bagi acara berpasukan ini, jadi terkejut juga bila berjaya dan dapat pula bawa kakak sekali yang merupakan penampilan sulungnya di Sukma. Saya sangat berpuas hati dan gembira,” katanya selepas ditemui pemberita.

    Nurul Syasya yang merupakan atlet kebangsaan, dalam masa sama mencipta kejayaan berganda selepas menjuarai acara sama bagi kategori individu. – Bernama

    Atlet Johor meraih pingat emas acara Pistol Air 10 Meter Wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Lapang Sasar Menembak, Subang, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...