Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad Penyu uji kekuatan di Thailand

    KUALA NERUS, 10 OKT – Perlawanan amal menentang Songkla FC dianggap medan pemantapan terbaik buat Terengganu FC (TFC) sebelum berdepan Kuching City FC pada aksi suku akhir Piala FA, 18 Oktober ini.

    Ketua jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali berkata, pasukan itu menerima jemputan Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Songkhla untuk aksi amal antarabangsa menentang kelab Thailand itu di Stadium Tinsulanonda, malam esok.

    Menurutnya, selain Songkla FC, skuad Penyu turut dijadualkan bertemu dua lagi kelab gergasi Thailand, Buriram United dan BG Pathum United, sebagai persiapan menghadapi cabaran lebih besar.

    “Perlawanan amal ini akan menjadi medan terbaik untuk TFC memperkemas pasukan menjelang pertemuan penting dengan Kuching City FC.

    “Saya tekankan kepada pemain supaya turun dengan mentaliti perlawanan sebenar untuk menimba pengalaman, memperhalusi taktikal dan meningkatkan intensiti permainan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Badrul Afzan mengakui pasukannya berdepan kekangan apabila turun tanpa empat tonggak utama, namun tetap optimis TFC mampu mencipta keputusan positif di pentas antarabangsa.

    Menurut beliau, penjaga gol utama Suhaimi Husin serta dua pertahanan, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili dan Muhammad Azam Azmi Murad, tidak dapat menyertai pasukan kerana tugasan bersama skuad Harimau Malaya bagi kempen kelayakan Piala Asia 2027. – Bernama

    Badrul Afzan Razali semasa sesi latihan pasukan Terengganu FC (TFC) di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus pada 3 Oktober. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda