Wednesday, July 3, 2024
29.3 C
Brunei

    -

    Skuad Skuasy Brunei cemerlang di KK

    Oleh Sim Y. H

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Pemain-pemain Skuasy Brunei meraih keputusan cemerlang semasa penyertaan dalam Kejohanan Skuasy Pesta Kaamatan 2024 yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

    Dalam kejohanan berkenaan, Lim Kok Sheng telah mendapat tempat keempat dalam kategori terbuka lelaki manakala Hamidah Ismail juga mendapat tempat keempat dalam kategori terbuka wanita.

    Sementara itu, pemain junior Brunei, Zachery Prabhakaran muncul sebagai johan bagi kategori lelaki bawah 13 tahun setelah menewaskan peserta dari Sarawak, Sebastian Chin, 3-1 di perlawanan akhir.

    Manakala Abang Huzairie Abang Ali membawa pulang pingat emas dalam kategori Squash57 setelah menewaskan peserta dari England, Neville Blackie dalam perlawanan akhir.

    Kejohanan itu disertai lebih 100 orang pemain skuasy dari England, Indonesia, China, Malaysia dan Negara Brunei Darussalam yang bersaing dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan berkenaan.

    Pemain Skuasy Brunei bergambar ramai bersama pingat yang dimenangi dalam Kejohanan Skuasy Pesta Kaamatan 2024.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jepun lancarkan wang kertas baharu

    TOKYO, 3 JULAI - Jepun hari ini mula mengeluarkan wang kertas baru 10,000 yen (AS$61.9), 5,000 yen dan 1,000 yen menandakan reka bentuk semula...