Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad tabuan tewas

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Pasukan bola sepak Brunei Darussalam menamatkan kempen dalam Kumpulan A, Piala Mitsubishi Electric 2022 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dengan kekalahan 5-1 di tangan Kemboja di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, hari ini.

    Tabuan berjaya mendahului pada minit ke-21 hasil tandukan Nurikhwan Othman melalui tendangan sudut.

    Bagaimanapun, Kemboja menyamakan kedudukan pada minit ke-31 selepas Choun Chanchav menanduk masuk gol yang dibantu oleh Tes Sambath.

    Kemboja merampas status pendahulu setelah Nick Taylor menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-50.

    Tuan rumah sekali lagi diberikan sepakan penalti yang telah disempurnakan oleh penyerangnya, Keo Sokpheng pada minit ke-73.

    Penyerang Kemboja, Lim Pisoth mencatatkan jaringan pertamanya dalam pentas antarabangsa pada minit ke-80 dan sekali lagi pada minit ke-88.

    Pasukan bola sepak kebangsaan yang membuat kemunculan pertama dalam kejohanan kali ini sejak 26 tahun lalu menamatkan saingan peringkat kumpulan tanpa sebarang mata selepas empat perlawanan.

    Antara aksi pemain Brunei semasa pertemuan menentang Kemboja dalam perlawanan Kumpulan A, Piala Mitsubishi Electric 2022 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, hari ini. – Gambar serahan AFF
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda