Wednesday, March 19, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuasy Hari Keputeraan mantap

    Oleh Hamidah Ismail

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Mohd Saiful Rizal bin Mohd Ali muncul juara bagi Kategori Terbuka Lelaki di Kejohanan Skuasy sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 anjuran Persatuan Raket Skuasy Brunei.

    Kejohanan yang berlangsung di Pusat Skuasy, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu menyaksikan Mohd Saiful Rizal menewaskan Dzulazmi Mutalib dengan keputusan 11-7, 11-2, 14-12. Tempat ketiga kategori tersebut disandang oleh Abang Mohd Huzairie bin Abang Mohd Ali selepas menewaskan Lim Kok Sheng 7-11, 11-3, 11-8, 12-10.

    Sementara itu, Catherine Carter pula tampil juara bagi Kategori Terbuka Wanita selepas memenangi kesemua perlawanan dalam kategori tersebut, yang diadakan dalam format round robin.

    Hamidah Ismail meraih tempat kedua selepas tewas kepada Catherine dengan mata 11-13, 3-11, 7-11. Manakala Jormasnidah Jormasie pula mendapat tempat ketiga selepas memenangi dua daripada empat perlawanan.

    Dalam Kategori Master Lelaki (45 tahun ke atas), Dominic Wong Kok Phin tampil juara selepas menewaskan Haji Mohd Sufri bin Abdul Hamid dengan keputusan 10-12, 11-8, 11-2.

    Namun perlawanan terpaksa dihentikan pada set keempat selepas Haji Mohd Sufri mengalami kecederaan. Tempat ketiga dalam kategori ini disandang oleh Louise Cheng selepas menewaskan Asmat Umar 11-3, 11-5, 5-11, 11-7.

    Dalam Kategori Master Lelaki (60 tahun ke atas), Yang Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh muncul juara selepas menewaskan keempat-empat lawan dalam kategori tersebut. Pengiran Haji Tajuddin bin Pengiran Adi menduduki tempat kedua selepas memenangi tiga daripada empat perlawanan. Pengiran Anak Rozanan bin Pengiran Muda Umar Ali pula menduduki tempat ketiga dengan memenangi dua perlawanan.

    YAM Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh selaku tetamu kehormat pada kejohanan tersebut kemudian berkesudian menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

    YAM Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh bergambar ramai bersama para pemenang kejohanan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda