Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuasy Keputeraan meriah

    Oleh Hamidah Ismail

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-73, Persatuan Raket Skuasy Brunei telah menganjurkan pertandingan.

    Pertandingan yang bermula Jumaat lalu menyaksikan 20 orang bertanding dalam Kategori Terbuka Lelaki, tujuh dalam Kategori Masters Lelaki (45 tahun ke atas), lima dalam Kategori Masters Lelaki (60 tahun ke atas) dan lima pemain wanita bertanding dalam Kategori Terbuka Wanita.

    Kejuaraan telah dirasmikan dengan pertemuan pemain terbaik Kategori Masters Lelaki (60 tahun ke atas) antara Yang Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh dan Haji Suhai bin Haji Yusoff.

    Yang Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh menang 2-0 selepas menguasai kedua-dua set 11-4 dan 13-11.

    Dalam aksi separuh akhir Kategori Terbuka Lelaki pada sebelah petang, Lim Kok Sheng menentang Haji Saiful Rizal bin Haji Ali manakala Abang Huzairie bin Abang Ali berhadapan dengan Dzulazmi Mutalib. Kategori lain juga diteruskan dalam format ‘round robin’.

    YAM Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh bergambar ramai bersama para peserta Kategori Masters Lelaki.
    YAM Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh ketika menentang Haji Suhai bin Haji Yusoff.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda