Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sky kekalkan 4.46b pound hak EPL

    LONDON, 14 Feb – Hak untuk menayangkan perlawanan-perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam negara semalam telah dijual dengan nilai 4.46 bilion pound, dengan dua pakej siaran langsung masih lagi ditawarkan.

    Meskipun perjanjian bagi tahun 2019-2022 adalah mengikut perjanjian sebelumnya, ia masih mengesahkan EPL adalah yang paling menguntungkan daripada liga-liga lain di Eropah dari segi penerimaan TV, misalnya hak domestik bagi La Liga Sepanyol bagi tempoh tiga musim dari 2016/17 telah dijual dengan nilai 2.65 bilion euro.

    Lima pakej EPL dari tujuh pakej akan dijual telah meraih 700 juta pound kurang dari jumlah yang dicapai pada tahun 2015, apabila 168 perlawanan dijual.

    Sky mengekalkan kedudukannya sebagai penyiar utama perlawanan-perlawanan EPL dengan memenangi empat dari pakej hak televisyen itu bagi tahun 2019-22

    Sky, rakan penyiaran utama EPL sejak perlawanan bermula dalam tahun 1992, akan menyiarkan 128 dari 200 perlawanan yang ada, termasuklah semua perlawanan pada setiap Jumaat, Ahad dan Isnin.

    Satu lagi pakej yang telah dijual setakat ini telah diberikan kepada BT Sport, saingan satelit Sky.

    Dengan 40 lagi perlawanan semusim masih ditawarkan, itu bererti harga setiap perlawanan ialah 9.3 juta pound, menurun dari nilai masa ini 10.2 juta pound, meskipun para pegawai EPL telah pun menjual beberapa hak luar negara pada harga yang lebih tinggi berbanding perjanjian televisyen sebelumnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda