LONDON, 30 JAN – Henry Slade telah diketepikan daripada aksi pembukaan Kejohanan Ragbi Six Nations, England menentang Scotland pada Sabtu di-sebabkan kecederaan pinggulnya.
Slade mengalami kecederaan itu semasa perlawanan Exeter menentang Castres hujung minggu lalu dan belum pulih sepenuhnya untuk dipertimbangkan dalam pemilihan skuad, tetapi Jamie George diserapkan dalam skuad menjelang pertembungan Piala Calcutta di Twickenham.
Pemain posisi hooker Saracens itu pada mulanya ditarik balik daripada pasukannya selepas dia mengalami kegegaran otak dalam kekalahan mereka kepada Edinburgh hujung minggu lalu. Dia akan terus bekerja mengikuti protokol untuk kembali bermain.
Kesatuan Bola Sepak Ragbi mengesahkan dalam kemas kini skuad yang dikeluarkan kelmarin bahawa Anthony Watson juga telah dipanggil semula di dalam skuad berikutan kecederaan yang dialaminya.
“Ini merupakan minggu yang sangat penting bagi kami ketika kami membuat persiapan untuk perlawanan pertama menentang Scotland,” kata ketua jurulatih England, Steve Borthwick, yang mengesahkan 36 skuad pemainnya.
“Kami tahu Scotland adalah pasukan yang sangat baik dengan pasukan bimbingan yang hebat yang diketuai oleh Gregor Townsend. Mereka adalah skuad mantap yang telah lama bersama dan telah mendominasi perlawanan ini dalam beberapa musim kebelakangan ini.
“Mereka akan datang ke Twicken-ham dengan penuh keyakinan. Kami tahu kami mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan. Pasukan berlatih bersungguh-sungguh minggu lepas dan bersedia untuk pergi lagi minggu ini,” katanya. – AFP