Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sleeper bus terjunam, tiga maut

    HANOI, 24 JAN – Tiga orang dilaporkan maut dan ramai lagi cedera pada awal pagi kelmarin selepas sebuah sleeper bus terjunam dari cenuram di bahagian lebuh raya yang melalui bandar Da Nang tengah Vietnam, lapor agensi berita Vietnam.

    Bas tersebut membawa 19 penumpang dan tiga pemandu serta pembantu pemandu dan berada di laluan Dak Lak-Thua Thien Hue ketika kemalangan itu berlaku.

    Semasa dalam perjalanan ke arah selatan-utara, bas itu telah merempuh penghadang di seberang jalan dan terbabas dari tebing.

    Kemalangan berlaku pada waktu malam ketika cuaca sejuk dan hujan lebat. Menurut polis tempatan, bas itu rosak teruk. Tiga orang disahkan maut di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera parah. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...