Tuesday, April 8, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Slot terkejut dengan kecuaian Liverpool

    LONDON, 7 APRIL – Pengurus Liverpool, Arne Slot berkata pasukannya perlu kembali memperbaiki asas sejurus selepas dikalahkan Fulham 3-2 kelmarin sekali gus tamatnya rekod 26 perlawanan tanpa kalah dalam Liga Perdana.

    The Reds kekal dalam landasan yang baik untuk menjuarai liga utama Inggeris ketika mereka mendahului Arsenal dengan 11 mata dengan baki tujuh perlawanan.

    Tetapi kekalahan di Craven Cottage kelmarin adalah yang ketiga mereka dalam empat perlawanan selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara kepada Paris Saint-Germain dan tewas di final Piala Liga kepada Newcastle.

    Fulham menjaringkan tiga gol dalam 14 minit separuh masa pertama menerusi Ryan Sessegnon, Alex Iwobi dan Rodrigo Muniz hasil dari beberapa kesilapan pertahanan selepas jaringan menakjubkan Alexis Mac Allister meletakkan Liverpool di depan.

    Luis Diaz membalas satu gol apabila persembahan separuh masa kedua yang bersemangat daripada Liverpool yang gagal untuk bangkit.

    “Ia bukan 45 minit bencana tetapi kesilapan yang kami lakukan bukanlah sesuatu yang biasa kami lakukan,” kata Slot. “Ia mengecewakan pemain dan peminat.

    “Jika awda buat kesilapan, mereka mempunyai kualiti untuk menghukum awda.

    “Pada separuh masa kedua kami mencipta peluang dan boleh menebusnya, tetapi kami kekurangan masa. Dalam 25 minit terakhir, jelas kami boleh menjaringkan gol ketiga.”

    Penyingkiran dari liga Eropah sekurang-kurangnya boleh memberi  masa seminggu penuh untuk Liverpool bersedia bagi setiap baki perlawanan Liga Perdana mereka.

    Selepas menunjukkan tanda-tanda keletihan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Slot berharap jadual yang lebih tenang akan membantu mengembalikan pasukannya ke tahap pasukan seperti pada awal musim.

    “Kami mempunyai seminggu penuh untuk West Ham. Semua orang perlu sedar bahawa satu-satunya cara kami menang adalah melalui usaha berterusan dan kerja keras selama 90 minit,” tambahnya.

    Kemenangan menjadikan Fulham naik ke tangga kelapan dan hampir pasti akan mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.

    “Ia adalah tiga mata yang hebat untuk kami, saya percaya kami berhak mendapatnya,” kata pengurus, Marco Silva.

    “Separuh masa pertama kami berada pada tahap yang baik dan selepas jaringan Mac Allister, kami perlu kuat, bijak, melakukan beberapa kesalahan taktikal dan reaksinya hebat.” – AFP

    Reaksi Darwin Nunez (kiri) dan Virgil van Dijk semasa menentang Fulham di Craven Cottage, London kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda