Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Slot vaksin AZ habis ditempah – Khairy

    KUALA LUMPUR, 2 MEI – Slot vaksin AstraZeneca (AZ) COVID-19 bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor telah ditempah sepenuhnya hanya dalam tempoh tiga jam 20 minit, selepas pendaftaran dibuka pada 12 tengah hari tadi.

    Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin yang telah berkongsi kemas kini mengenai proses pendaftaran melalui akaun Twitternya berkata mereka yang telah berdaftar akan menerima butiran lanjut mengenai temu janji pada aplikasi MySejahtera atau SMS mereka tidak lama lagi.

    Mereka yang tidak berjaya mendapatkan slot masih berpeluang meletakkan nama mereka dalam senarai menunggu di laman web sama, katanya di Twitter. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda