Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Slot yakin dengan skuad sedia ada

    LIVERPOOL, 18 APRIL – Pengurus Liverpool, Arne Slot menegaskan tiada keperluan untuk melakukan perubahan besar terhadap skuad sedia ada yang kini mendahului Liga Perdana Inggeris.

    Slot berkata demikian selepas dua tonggak utama, Mohamed Salah dan Virgil van Dijk menandatangani kontrak baharu untuk kekal di Anfield, meskipun Trent Alexander-Arnold dilaporkan bakal berhijrah ke Real Madrid secara percuma sebaik musim ini berakhir.

    “Mungkin jika kami berjaya mengekalkan pasukan ini, itu sudah cukup menjadikan musim panas sebagai sesuatu yang besar,” kata Slot.

    Dia turut menyatakan keperluan membawa masuk satu atau dua pemain baharu sebagai suntikan tenaga, tetapi menegaskan ia bukan satu keperluan mendesak.

    Liverpool hanya membuat satu pembelian pemain di bawah Slot musim ini, iaitu Federico Chiesa, yang tidak banyak menyumbang.

    Liverpool kini berada 13 mata di hadapan dan berpeluang menjuarai liga lebih awal jika menewaskan Leicester pada Ahad dan jika Arsenal keciciran mata menentang Ipswich.

    Alexander-Arnold dijangka kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan buku lali dan Slot masih berharap pemain itu kekal bersama kelab.

    “Dia pemain luar biasa dan telah menjadi sebahagian penting kelab ini selama beberapa tahun,” tambahnya. – AFP

    Arne Slot sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Fulham di Craven Cottage, London, pada 6 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda