Saturday, March 22, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Slovakia sahkan wabak penyakit kaki dan mulut pertama

    BRATISLAVA, 21 MAC – Slovakia telah mengesahkan wabak penyakit kaki dan mulut (FMD) pertamanya dalam tempoh 50 tahun di tiga ladang berhampiran sempadan dengan Hungary, kata kerajaan itu hari ini.

    FMD ialah jangkitan virus yang menular namun tidak berbahaya kepada manusia tetapi menjejaskan lembu dan haiwan lain, termasuk biri-biri dan khinzir.

    Gejala termasuk demam dan lepuh di dalam mulut dan berhampiran kuku.

    Pada Januari lalu, Jerman melaporkan kes FMD di ladang kerbau air Berlin, yang merupakan wabak pertama di Kesatuan Eropah sejak 2011, mendorong beberapa buah negara menghentikan import daging dari Jerman.

    Penyakit kaki dan mulut telah disahkan di tiga ladang lembu di selatan Slovakia, kata Menteri Pertanian, Richard Takac, sambil menambah ia adalah masalah yang besar dan sangat serius.

    Ladang masing-masing mempunyai 600 hingga 1,000 lembu muda dan lembu tenusu, dengan gejala pertama kali muncul Selasa lalu.

    “Memandangkan FMD telah disahkan, kami akan memusnahkan semua ternakan,” kata wakil untuk dua ladang, Pavel Majercak kepada AFP, menyifatkan wabak itu sebagai ‘bencana terhadap pertanian.’

    Kali terakhir penyakit itu berlaku di negara itu adalah pada tahun 1974. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda