Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    SM Berakas juara pertandingan bermukun musim ke-3

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Usaha memupuk minat dan kecintaan pelajar terhadap khazanah seni warisan budaya tradisional terus disemarakkan menerusi Pertandingan Tandak Bermukun Peringkat Sekolah-sekolah Menengah (SM), Daerah Brunei dan Muara, musim ke-3.

    Pertandingan berkenaan telah dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong B dan Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN) dengan kerjasama Kelab Budaya Mukun Selendang Sutera, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79.

    Acara berlangsung di Pentas Perayaan, Kawasan Letak Kereta berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman, selaku Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Mematai-matai Rumah Panjang Malayan.

    Sebanyak empat buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut dengan mempersembahkan bakat masing-masing dalam seni bermukun.

    SM Berakas telah berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut, sementara Sekolah Sukan Brunei pula muncul sebagai naib juara.

    Pertandingan berkenaan merupakan salah satu platform penting dalam mengangkat dan memartabatkan seni budaya mukun agar terus hidup dalam jiwa generasi muda.

    SM Berakas dinobatkan sebagai juara Pertandingan Tandak Bermukun Peringkat SM, Daerah Brunei dan Muara. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara suasana semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda