Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    SM Chung Hua peroleh keputusan cemerlang dalam ICAS

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 12 Okt – Sekolah Menengah (SM) Chung Hua Kuala Belait, baru-baru ini, telah menyertai Pertandingan dan Penilaian Antarabangsa South Wales University (ICAS) dalam Bahasa Inggeris.

    Pertandingan tersebut telah membolehkan para pelajar untuk mengukur pencapaian mereka sendiri dalam penilaian luar negara dan global.

    Sekolah tersebut telah berjaya mencatatkan prestasi kukuh dengan memperolehi 17 mata Kepujian, satu mata Kecemerlangan Tertinggi 39 Kredit dan 14 Merit.

    ICAS-Bahasa Inggeris menilai kemahiran membaca dan berbahasa dalam pelbagai konteks dan aspek termasuk pemahaman teks, bacaan untuk makna dalam teks sastera dan faktual, seni penulisan dalam memilih jenis teks tertentu, perbendaharaan kata dan teknik, dan sebagainya.

    Pelajar-pelajar SM Chung Hua yang telah menyertai ICAS dalam Bahasa Inggeris.

    Soalan-soalan memerlukan pelajar untuk mencari, mengenal pasti, menyusun, menerangkan, mentafsir, menganalisis dan menyebarkan maklumat dalam dan mengenai teks.

    Dalam penilaian tersebut, para pelajar membaca pelbagai teks yang menceritakan, menerangkan, merujuk, dan mengkaji semula. Jenis teks termasuk ekstrak daripada buku bergambar, cerita pendek, novel, puisi, transkrip wawancara, surat, catatan harian, iklan, laman sesawang, ciri artikel dan sebagainya. Teks-teks dimasukkan ke dalam gambar rajah, peta dan maklumat visual lainnya.

    ICAS-Bahasa Inggeris dianjurkan antara lain untuk melibatkan diri dan mendidik para pelajar walaupun mereka dinilai, ia bukan sahaja menilai kemahiran membaca merentasi pelbagai jenis teks, tetapi juga merentasi pelbagai perkara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda