Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SM Lambak Kiri rai pelajar khatam Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Sekolah Menengah (SM) Lambak Kiri, hari ini, meraikan pelajar-pelajar Tahun 7 hingga 11 yang berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran pada majlis khatam Al-Quran di dewan sekolah berkenaan.

    Majlis yang turut disertai oleh ahli persatuan ibu bapa dan guru (PIGB), pegawai, guru dan kakitangan sekolah berkenaan antara lain bertujuan untuk memantapkan lagi mutu bacaan Al-Quran seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan PIBG, ibu bapa dan warga sekolah berkenaan.

    Pada majlis itu, bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh salah seorang guru, Awang Nor Azman bin Haji Sulaiman diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan seterusnya bacaan Takhtim oleh peserta khatam.

    Manakala itu, Tahlil, Doa Khatam dan Doa Tahlil dibacakan oleh Haji Manoh bin Haji Hassan dan Pengiran Haji Shamsul Rezal bin Pengiran Haji Ahmad.

    Majlis diserikan dengan Dikir Marhaban oleh pelajar lelaki bahagian Dikir diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh guru sekolah berkenaan, Haji Zamridun bin Haji Ahmad.

    Antara pelajar dan guru-guru lelaki yang menghadiri majlis itu.
    Antara yang menyertai majlis khatam Al-Quran Sekolah Menengah Lambak Kiri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda