
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April – Bagi mewujudkan para pelajar yang berdaya saing dalam bidang sukan, Sekolah Menengah (SM) Rimba II hari ini telah menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Antara Sekolah-sekolah Menengah Kluster 4 2018 di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu di-sertai oleh enam buah sekolah menengah dan sebuah pusat tingkatan enam iaitu SM Rimba, SM Rimba II, SM Pehin Datu Seri Maharaja (PDSM), SM Pengiran Isteri Hajah Mariam (PIHM), SM Sultan Sharif Ali, SM Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) dan Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM). (Klik di sini untuk cerita lanjut)