Tuesday, November 5, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    SM Rimba II juara Kluster 4

    Oleh Hasrulraizan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Sekolah Menengah (SM) Rimba II menang bergaya 3-0 ke atas SM Rimba untuk merangkul gelaran juara Kategori B (15 tahun dan ke bawah), Kejohanan Bola Sepak Sekolah Menengah dan Maktab Kluster 4, 2018.

    Pada perlawanan akhir, yang diadakan di SM Pengiran Anak Puteri (PAP) Hajah Masna, Kampung Sungai Akar itu, SM Rimba II mendahului 2-0 pada separuh masa pertama sebelum menambah satu gol lagi pada babak kedua.

    Mohd Nur Naqiuddin bin Haji Roslan membuka tirai jaringan seawal minit ke-9, disusuli dengan jaringan Mohd Hakeme Yazid bin Said pada minit ke-27 untuk memacu SM Rimba II mendahului 2-0 ke masa rehat.

    Haji Malai Shah Eran (tengah) bergambar ramai bersama juara, SM Rimba II dan naib juara, SM Rimba.

    Dua belas minit selepas rehat kedudukan SM Rimba II menjadi semakin selesa dengan jaringan pemain gantian, Mohd Nadrin bin Azmi. Ternyata jaringan 3-0 kekal sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.

    Maverick Lim Soon Heng dari SM Rimba II yang bermain cemerlang pada aksi final berkenaan telah terpilih untuk menerima Anugerah Pemain Terbaik.

    Hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah ialah Pengetua SM Rimba, Haji Malai Shah Eran bin Syed Haji Yussof Al-Idrus.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda