Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    SM RIPAS rai pelajar cemerlang

    TUTONG, 28 JUN – Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SM RIPAS), Tutong, baru-baru ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi Pelajar Tahun 11 dalam Peperiksaan Awam BC GCE Peringkat ‘O’, IGCSE dan Program Person BTEC+5 Sesi 2021-2023 yang diadakan di dewan serba guna sekolah berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Kampung Birau, Luagan Timbaran dan Kebia, Mukim Kiudang, Awang Masburah bin Suhaile.

    Acara dimulakan dengan perarakan masuk 46 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan BC GCE Peringkat O dan IGCSE 2023, nyanyian lagu kebangsaan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat serta bacaan ayat suci Al-Quran.

    Pengetua SM RIPAS, Hajah Adimah binti Haji Mohd Said, dalam ucapan alu-aluannya menyatakan tahniah kepada para pelajar yang mencapai kejayaan dan menyampaikan ucapan penghargaan kepada guru-guru atas komitmen yang diberikan.

    Majlis ini menunjukkan komitmen sekolah dalam menghargai dan mengiktiraf usaha serta kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang akademik.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah dan anugerah kepada guru-guru yang telah mencapai peratus terbaik dalam setiap mata pelajaran yang diajar bagi BC GCE Peringkat O dan IGCSE bagi 2023.

    Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Choral Reading daripada pelajar-pelajar Drama Tahun 7A dan 7B dengan tajuk Struggle Today For A Better Tomorrow.

    Selain itu, penyampaian sijil penghargaan juga diberikan kepada pelajar BTEC 2023. Acara kemuncaknya ialah penyampaian anugerah akademik kategori khas seperti Anugerah Pelajar Progresif 2023, Anugerah Pelajar Cemerlang 2023, Anugerah Pelajar Contoh 2023 dan Anugerah Ibu Bapa Contoh 2023.

    Pada majlis itu, Awang Muhammad Luqman Al-Hakim bin Aliuddin dinobat sebagai penerima anugerah pelajar cemerlang secara keseluruhan.

    ATAS & BAWAH: Awang Masburah semasa menyampaikan anugerah kepada para pelajar. – GAMBAR SERAHAN SM RIPAS
    GAMBAR SERAHAN SM RIPAS
    GAMBAR SERAHAN SM RIPAS
    GAMBAR SERAHAN SM RIPAS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda