Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    SM RIPAS rasmi hari keusahawanan belia

    TUTONG, 30 Ogos – Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SM RIPAS), Tutong, telah menganjurkan Hari Keusahawanan Belia Kitani yang dilancarkan oleh Pengetua SM RIPAS, Hajah Amal Nuriyah binti Haji Ahmad Kumpoh.

    Menurut kenyataan, acara itu dianjurkan oleh Jabatan Business Studies sekolah tersebut dengan kerjasama penuntut-penuntut yang mengambil mata pelajaran ‘Commerce’ dan ‘Principles Of Accounts’.

    Objektif utama program itu adalah supaya pelajar-pelajar berkenaan dapat mempraktikkan dan mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari di dalam kelas iaitu dari segi teknik pemasaran, penjualan dan juga perakaunan.

    Selain itu, acara itu dapat memberi peluang kepada para pelajar berkenaan untuk mengenal pasti potensi diri masing-masing dalam bidang keusahawanan.

    Pihak sekolah juga berharap agar acara ini dapat membuka laluan untuk mereka menceburi bidang keusahawanan apabila tamat alam persekolahan nanti.

    Hajah Amal Nuriyah semasa merasmikan Hari Keusahawanan Belia Kitani di sekolah berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda