Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    SM Sayyidina Hasan lantik ahli PIBG baru

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Majlis Pembubaran Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sesi 2015-2017 dan Pelantikan Baru Ahli PIBG Sekolah Menengah (SM) Sayyidina Hasan bagi Sesi November 2017-2019 telah diadakan di kantin sekolah berkenaan, pagi tadi.

    Pengetua SM Sayyidina Hasan, Dayang Haryani binti Haji Mohammad yang juga selaku Penasihat PIBG dalam ucapannya menyeru agar ahli-ahli akan sentiasa peka akan perkembangan sistem pendidikan di negara ini dan saling bekerjasama dalam menyokong usaha meningkatkan kemajuan dan pencapaian pendidikan negara amnya dan sekolah ke arah kecemerlangan khasnya.

    Majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru dan ibu bapa di samping memberi peluang untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan dalam bidang pendidikan bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar.

    Gambar serahan Sekolah Menengah Sayyidina Hasan menunjukkan Pengetua SMSH bergambar ramai bersama ahli-ahli PIBG.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda