Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    SM Sayyidina Husain juara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Pasukan Sekolah Menengah (SM) Sayyidina Husain diumumkan sebagai juara dalam sesi kedua Program Dapur Komuniti anjuran Pusat Promosi Kesihatan dengan Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) yang berlangsung di Pusat Belia, di ibu negara, hari ini.

    Tempat kedua pula dimenangi oleh Pasukan SM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan diikuti oleh Pasukan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di tempat ketiga.

    Manakala itu, Pasukan SM Sayyidina Hassan dan SM Tanjong Maya, Tutong, masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta program ialah Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim.

    Program yang disertai oleh lima buah sekolah menengah itu merupakan salah satu usaha memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan ahli persatuan berkenaan.

    Program yang berlangsung selama dua minggu bermula 20 September lalu itu dimulakan dengan sesi taklimat mengenai makanan sihat dan juga demo makanan sihat.

    Wakil sekolah bergambar bersama pengurus Program Dapur Komuniti sesi kedua.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda