Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SM Sayyidina Husain rai pelajar khatam Al-Quran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Seramai 104 orang pelajar Tahun 10 Bestari dan Tahun 11 Sekolah Menengah (SM) Sayyidina Husain telah menyertai majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di dewan serba guna sekolah tersebut.

    Hadar selaku tetamu kehormat ialah Penolong Superintenden 2, Kluster 4, Kementerian Pendidikan, Dayang Jaliah binti Abdullah Ulat. Turut hadir ialah Pengetua SM Sayyidina Husain, Dayang Nor’zzah binti Haji Othman, dan guru-guru serta kakitangan serta ibu bapa pelajar yang diraikan.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Pembuka Majlis, diikuti dengan bacaan Tahtim dan Doa Khatam Al-Quran. Majlis turut diserikan dengan dikir sebagai simbolik para pelajar berjaya mengkhatamkan Al-Quran.

    Sebagai tanda penghargaan, pihak sekolah juga amat berbesar hati dengan cenderahati untuk pelajar serta ibu bapa yang ditaja oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

    Penyampaian sijil khatam Al-Quran telah disampaikan oleh tetamu kehormat kepada pelajar-pelajar yang diraikan sebelum majlis ditutup.

    Majlis seumpama ini bukan sahaja mengimarahkan aktiviti kerohanian sekolah, bahkan menjadi platform penting dalam membentuk pelajar yang celik Al-Quran serta berakhlak mulia.

    Antara pelajar yang menyertai majlis khatam Al-Quran. – GAMBAR SERAHAN ABDUL AZIZ PANDIN
    GAMBAR SERAHAN ABDUL AZIZ PANDIN
    Antara ibu bapa dan keluarga peserta majlis khatam Al-Quran yang sama-sama hadir memeriahkan acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN ABDUL AZIZ PANDIN
    GAMBAR SERAHAN ABDUL AZIZ PANDIN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda