Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    SM YSHHB tuan rumah pertukaran budaya dan pendidikan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada lawatan pertukaran budaya dan pendidikan yang berprestij dari Universiti of New England (UNE), Australia, hari ini.

    Ketibaan rombongan pelajar disambut dengan persembahan Selamat Datang dari Taska (YSHHB) KG2 Blue iaitu nyanyian tradisional bertajuk ‘Oh Kanak-kanak’ dan ‘ Good Morning and Wanjoo’, sementara itu, pelajar-pelajar SM YSHHB pula mempersembahkan tarian tradisional.

    Hadir selaku tetamu kehormat dalam lawatan itu, Timbalan Pengarah Urusan dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YSHHB, Awang Haji Abdullah @ Dollah bin HajI Ahad.

    Timbalan Pengarah Urusan dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YSHHB, Awang Haji Abdullah @ Dollah mengalu-alukan kedatangan rombongan UNE. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Antara lain tujuan lawatan untuk memupuk persefahaman perbezaan budaya serta memberikan pendekatan kepada pelajar UNE mengenai amalan pendidikan di Negara Brunei Darussalam.

    Antara lain objektif lawatan itu, untuk memupuk kesedaran dan penghargaan silang atau perbezaan budaya dalam kalangan pelajar dari kedua-dua buah Negara.

    Di samping menggalakkan kerjasama pendidikan yang bermakna antar sekolah YSHHB dan UNE, Australia selain memperkukuh perkongsian global dalam bidang pendidikan melalui jaringan dan aktiviti budaya bersama.

    Rombongan dari UNE, semasa mengunjungai pameran semasa lawatan ke SM YSHHB, hari ini.

    Ia juga secara tidak langsung dapat mempamerkan kekayaan tradisi, bahasa dan warisan Brunei kepada rakan antarabangsa seterusnya memberikan inspirasi kepada pelajar agar membangunkan perspektif global dan menghargai budaya Australia melalui pameran interaktif yang dikendalikan oleh pelajar UNE.

    Rombongan kemudian mendengarkan penerangan ringkas mengenai SM YSHHB di bilik mesyuarat sekolah menengah yang disampaikan oleh Pengetua SM YSHHB, Sarimah binti Haji Lusin.

    Lawatan itu turut dimeriahkan dengan pameran daripada pelajar UNE, Australia, pameran kebudayaan dan permainan tradisional Brunei dan dimeriahkan dengan aktiviti interaktif pameran bersama pelajar Taun 7 hingga 10 yang diadakan di ruang legar sekolah berkenaan.

    Persembahan tarian tradisional dari pelajar SM YSHHB. – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Pameran turut di sertai oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Jabatan Muzium Brunei, Pusat Sejarah Brunei, dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Turut hadir, Pengetua Sekolah Rendah YSHHB, Penolong Pengetua SR YSHHB, Penolong Pengetua Taska, YSHHB.

    Lawatan ke SM YSHHB ini adalah kerjasama dengan Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda