Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    SMA guna gentian optik lengkapkan rangkaian internet pedalaman Sarawak

    KUCHING, 14 JUN – Sarawak Multimedia Authority (SMA) akan menggunakan inisiatif gentian optik untuk melengkapkan kawasan pedalaman Sarawak dengan rangkaian Internet, kata Penasihat Teknikal SMA, Peter Chia.

    Dalam satu kenyataan SMA hari ini, Peter berkata inisiatif itu adalah sesuai bagi kawasan yang jauh di pedalaman apabila pembinaan menara telekomunikasi mengambil masa agak lama untuk dilaksanakan.

    “Selain gentian fiber, kita juga ingin meneroka teknologi (internet satelit) Starlink untuk kawasan-kawasan yang amat sukar dihubungkan dengan rangkaian telekomunikasi. Ini kerana, bentuk muka bumi Sarawak yang luas dan berbukit-bukau,” katanya.

    Menurut kenyataan itu, beliau berkata demikian semasa memberikan taklimat kepada rombongan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia yang diketuai oleh Kaunselor Hal Ehwal Komersial, Francis Peter yang mengadakan lawatan ke sana semalam.

    Menurut Chia, salah satu peranan penting SMA ialah memproses data tadbir urus yang memerlukan kesalinghubungan jitu.

    “Banyak perkara yang memerlukan pemprosesan data apabila kita bergerak ke arah ekonomi digital.

    “Justeru, kesalinghubungan amat penting bagi memastikan setiap rakyat Sarawak tidak ketinggalan dalam agenda pembangunan ekonomi digital,” katanya.

    Dalam pada itu, Francis berkata Kedutaan AS di Malaysia berminat untuk meneroka bidang digital di Sarawak seperti keselamatan siber dan pelan bandar pintarnya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...