BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Bagi membesarkan hari-hari kebesaran Islam, Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) melalui Unit Rohani dan Surau telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidiladha 1442H, semalam. Hadir bagi mempengerusikan majlis berkenaan ialah Pemangku Pengetua SMALHB, Pengiran Hajah Radiah binti Pengiran Haji Mohd Tahir. Antara lain tujuan majlis tersebut adalah