Sunday, July 7, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Small Kine ceriakan pelajar istimewa

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Lebih 150 orang pelajar dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) termasuk Pusat Bahagia telah diceriakan dengan persembahan nyanyian daripada Small Kine, Pancaragam Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), hari ini.

    Selain menceriakan golongan istimewa, acara yang diadakan di dewan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) itu juga memberi peluang untuk berinteraksi dengan mereka yang hadir.

    Turut hadir ialah Timbalan Ketua Misi Kedutaan AS, Stacy Lomba yang menyatakan bahawa AS akan menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-248 pada 4 Julai ini dan juga akan menyambut ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik AS dan Negara Brunei Darussalam.

    Dalam ucapannya, beliau turut mengongsikan mengenai latar belakang pancaragam tersebut yang berpangkalan di Joint Pearl Harbor-Hickam, Hawaii, dan misi mereka adalah untuk memberi inspirasi serta mendekati orang ramai bagi mewakili AS sambil mempamerkan kecemerlangan dan profesionalisme semua Tentera Udara AS yang berkhidmat di Pasifik.

    Terdahulu acara itu, rombongan pancaragam telah berpeluang mengadakan lawatan bagi melihat lebih dekat pusat berkenaan.Program outreach Small Kine selama tiga hari itu, selain untuk membawa keceriaan, juga memberi sokongan kepada masyarakat berkeperluan khas dan meningkatkan hubungan Brunei dan AS melalui hubungan orang dengan orang.

    Di samping mengadakan persembahan di pusat berkenaan, Small Kine juga mengadakan bengkel muzik dengan pelajar Sekolah St Andrew dan La Vida.

    Pancaragam Small Kine berinteraksi dengan pelajar Istimewa pada acara yang berlangsung di Dewan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Timbalan Ketua Misi Kedutaan AS, Stacy Lomba, turut serta dalam acara itu. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...