Saturday, February 15, 2025
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    SMARTER Brunei raikan tiga acara penting

    Oleh Lyna Mohamad –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – SMARTER Brunei kelmarin telah menganjurkan majlis bagi meraikan tiga acara iaitu ulang tahun ke-22 penubuhannya, sambutan menerima Anugerah Kebajikan dan Pembangunan Cemerlang Masyarakat ASEAN (AOSWADA) ke-2 dan memperingati Hari Guru.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Hajah Norashikin binti Haji Johari selaku wakil Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Majlis turut menyaksikan kehadiran beberapa ketua misi asing ke Negara Brunei Darussalam iaitu duta besar dan pesuruhjaya tinggi dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Bangladesh serta ketua-ketua pegawai eksekutif dari pelbagai syarikat.

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden SMARTER, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang diikuti dengan ucapan terima kasih oleh Datin Rani Alexander yang turut menerima plak penghargaan atas dedikasi dan sokongan tahun kelapan beliau kepada SMARTER Brunei, yang merupakan salah satu kemuncak program.

    Kemudian majlis menyaksikan upacara memotong kek oleh tetamu kehormat bersama Presiden SMARTER dan Datin Rani, diikuti dengan tayangan video bertajuk SMARTER Brunei’s Journey: Through the Years.

    Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada guru-guru di samping persembahan tarian daripada ahli-ahli dewasa

    SMARTER serta persembahan lagu solo oleh Rafiq Irfan Affendy dari EDGE Centre.

    Acara diakhiri dengan persembahan kesedaran yang mengagumkan mengenai individu autisme, guru-guru dan ahli terapi bersama mereka dengan persembahan Please Don’t Shut Me Out.

    Persembahan solo daripada salah seorang pelajar SMARTER Brunei. – Gambar oleh Lyna Mohamad
    Persembahan daripada guru-guru. – Gambar oleh Lyna Mohamad
    Antara yang hadir pada majlis berkenaan. – Gambar oleh Lyna Mohamad
    Gambar oleh Lyna Mohamad

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda