Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SMARTER Brunei terima sumbangan

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – SMARTER Brunei pagi tadi menerima sumbangan pembelian tiket daripada para penaja bagi membantu menjayakan konsert muzikal ‘Looking Through Autism Wonderland’ dalam majlis yang berlangsung di SMARTER EDGE, Kampung Mata-Mata.

    Acara kebajikan berkenaan merupakan kerjasama pertama antara Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan SMARTER Brunei.

    Para penaja acara kebajikan tersebut terdiri daripada Syarikat Progresif Cellular Sdn Bhd, Standard Chartered Bank, Bank Islam Brunei Darussalam, Pusat Perubatan Jerudong Park, Darussalam Assets Sdn Bhd, Othman & Associates Consulting dan Thomson Furniture.

    Pembelian tiket-tiket tersebut akan diberikan kepada Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), Sekolah Seri Mulia Sarjana (SMS), Sekolah Chung Hua dan Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).

    Wakil dari PAPRSB IHS, UBD menerima tajaan daripada Progresif.

    Penerimaan hasil dari penaja disempurnakan oleh wakil dari PAPRSB IHS, UBD bersama Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman.

    Konsert yang akan diadakan pada 22 September di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas itu nanti merupakan peluang terbaik pelajar autisme untuk mempamerkan bakat mereka selain peluang besar kepada orang awam untuk meningkatkan kesedaran dan membetulkan salah fahaman tentang autisme dalam komuniti.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konsert muzikal SMARTER yang akan diadakan pada waktu malam itu, orang ramai boleh menghubungi pihak SMARTER BRUNEI.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda