Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    SMARTER terima bantuan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Sebagai sokongan kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan, Gold Coin Feedmill (B) Sdn Bhd (GCFB) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan SMARTER Brunei di pusat berkenaan, hari ini.

    Hadir menandatangani MoU itu bagi pihak GCFB ialah Penolong Naib Presiden, Marshal Mathews Chuat dan SMARTER Brunei diwakili oleh Presiden SMARTER Brunei, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang.

    Marshal Mathews Chuat menyatakan bahawa usaha itu merupakan sebahagian daripada projek tanggungjawab sosial korporatnya di mana objektif mereka adalah untuk membantu serta memberikan sokongan kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memainkan peranan penting dalam masyarakat.

    Beliau berkata bahawa bantuan itu merupakan cara mereka menyumbang kepada masyarakat secara keseluruhan dan menerusi kerjasama itu, mereka akan menyediakan barangan keperluan bagi pusat itu untuk meneruskan penjagaan bagi golongan autistik.

    Mereka juga akan membantu dalam penyelenggaraan sebuah ca-wangan yang terpilih iaitu cawangan SMARTER Brunei Kuala Belait di mana kakitangan syarikat akan membantu untuk melakukan kerja pembersihan, membaiki atap serta mengecat yang akan diadakan pada 13 Ogos nanti.

    Pada majlis berkenaan, GCFB turut menyampaikan sumbangan barangan kepada pusat berkenaan iaitu tiga unit mesin laminating, tiga kotak Film Pouch saiz A3, tiga unit pencetak warna, 3,000 kit ujian pantas antigen (ART), 15 kotak pelitup muka dewasa, 15 kotak pelitup muka kanak-kanak, 60 botol pesanitasi tangan serta tiga unit mesin fogging.

    Pengiran Zamri dan Marshal Mathews Chuat serta kakitangan SMARTER Brunei dan GCFB bergambar ramai dengan barang-barang yang disumbangkan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...