Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SMARTER terima sumbangan Kemuda

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Majlis Pelajar Institut Kemuda baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada Persatuan SMARTER bagi membantu mengumpul dana persatuan tersebut.

    Dalam pada itu, Persatuan SMARTER Brunei juga mengadakan jualan garaj Hari Raya bermula hari ini sehingga awal April. Hasil daripada jualan tersebut akan didermakan kepada persatuan berkenaan di mana orang ramai yang ingin memberikan sokongan bolehlah datang dan memeriahkan acara jualan tersebut.

    Kempen sumbangan diketuai oleh wakil Majlis Pelajar Institut Kemuda, Dayang Sari Nurtas’a Sahira binti Haji Naweh yang menunjukkan sokongan berterusan Institut Kemuda bagi golongan autisme.

    Inisiatif berkenaan juga bertujuan untuk memberi galakan dalam mengeratkan hubungan melalui konsep sedekah dan mengadakan usaha untuk tujuan yang baik. Selain itu ia juga memupuk sikap suka tolong-menolong di kalangan penuntut.

    Ahli Majlis Pelajar Institut Kemuda ketika menyampaikan sumbangan kepada SMARTER bagi membantu mengumpul dana persatuan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda