Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    SmartLuy Axiata, PI PAY Kemboja akan bergabung

    KUALA LUMPUR, 15 JULAI – Unit tidak langsung Axiata Group Bhd yang berpangkalan di Kemboja, Smart Axiata Co Ltd and Axiata (Cambodia) Holdings Ltd merancang melakukan penggabungan menerusi SmartLuy PLC dengan platform pembayaran tanpa tunai utama Kemboja, PI PAY PLC.

    Smart Axiata dimiliki 82.5 peratus oleh Axiata (Cambodia) Holdings Ltd.

    Axiata dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, ia membuat permohonan bagi cadangan penggabungan itu kepada National Bank of Cambodia (NBC) dan Kementerian Perdagangan Kemboja (MOC), melibatkan penamatan SmartLuy dan penggabungan struktur pentadbiran SmartLuy dengan dan ke dalam PI PAY.

    “Makluman kejayaan permohonan bagi cadangan penggabungan itu diterima daripada NBC/MOC pada 14 Julai pada tarikh yang mana kewujudan SmartLuy ditamatkan dan diteruskan dengan SmartLuy dan Pi Pay sebagai satu entiti,” kata syarikat itu.

    Kos pelaburan SmartLuy ialah sebanyak AS$2 juta.

    Axiata Group berkata penamatan operasi SmartLuy tidak akan membawa sebarang kesan ketara ke atas pendapatan atau aset bersihnya bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2020. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda