Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Smith dahului carta Terbuka HK

    HONG KONG, 9 NOV – Pemenang utama Cameron Smith mencatat tujuh di bawah par 63 untuk merebut pendahuluan dalam pusingan pertama Kejohanan Terbuka Hong Kong (HK), hari ini.

    Pemain Australia berusia 30 tahun yang menjadi tajuk berita utama dalam acara Asian Tour International Series yang menawarkan hadiah AS$2 juta itu menduduki puncak carta bersama dengan Eugenio Chacarra dari Sepanyol.

    Dalam keadaan panas, mendung dan kadang-kadang berangin di padang Fanling, juara Terbuka British 2022 itu mengumpul lapan birdie berbanding satu bogey.

    Smith, salah satu nama terbesar yang beralih ke litar golf berpendapatan tinggi LIV Golf yang disokong Arab Saudi, membenam birdie di lima daripada tujuh lubang terakhirnya tetapi merasakan prestasinya boleh menjadi lebih baik.

    Walau bagaimanapun, dia berpuas hati secara keseluruhan dan berkata ‘segalanya benar-benar aksi yang mantap’.

    Cameron Smith beraksi pada hari pertama kejohanan golf Terbuka HK. – AFP

    “Saya terlepas satu atau dua pukulan pendek, tetapi padang golf di sini sangat sukar,” kata pemain Australia berambut belah tengah itu, yang sedang memburu kemenangan pertamanya di bandar selatan China itu.

    “Selain itu, padang ini sangat menarik, ia amat tradisional.”

    “Awda perlu berfikir untuk bermain di padang itu dan saya menyukainya.”

    Smith dan Chacarra, 23 tahun mendahului satu pukulan di depan Jang Yu-bin dari Korea Selatan dan pemain Thailand Gunn Charoenkul pada edisi ke-62 kejohanan golf profesional tertua di Asia.

    Pemain Amerika, Andy Ogletree, yang mendahului International Series Order of Merit, merupakan pemain terbaik di antara sekumpulan pendahulu.

    Pemenang utama Patrick Reed dan Graeme McDowell menyumbang mata sama 67 dan berkongsi tempat ke-21. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda